Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibnor Riza Dedah Masih Ada Risiko Pengsan Atau Jantung Terhenti

Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza yang dilaporkan stabil ketika ini masih berdepan kemungkinan untuk jatuh pengsan dan jantung terhenti pada bila-bila masa.

ibnor riza dedah masih ada risiko pengsan atau jantung terhenti

Penyakit yang dihadapinya ini salah satu punca yang boleh menyebabkan komplikasi saraf terhimpit pada bahagian pipi kirinya.

Advertisement

"Syukur keadaan saya stabil tetapi masih lagi dalam pemantauan doktor. Ini kerana ada ketulan di wajah saya yang menghimpit saraf untuk saluran udara ke jantung dan otak.

"Saya boleh jatuh pengsan dan jantung terhenti pada bila-bila masa disebabkan komplikasi yang saya hadapi ini. Itulah sebabnya hampir dua bulan saya keluar masuk hospital," katanya.

Malah, Ibnor yang juga sering keluar masuk hospital hampir 2 bulan berharap orang ramai mendoakan kesihatannya agar bertambah baik dan kembali pulih.

"Saya mohon doa kawan-kawan. Insya-Allah daripada doa-doa itu adalah juga satu doa yang diangkat untuk membolehkan saya sembuh,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik