Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza mendedahkan dia menghidap kanser limfoma dan akan menerima rawatan kimoterapi bagi mengubati penyakit itu.

Menurut perkongsian di laman media sosial, dia berkongsi khabar duka melalui hantaran video yang dimuat naik rakan seperjuangan, Datin Salwa Abdul Rahman.
Advertisement
"Saya menghidap kanser limfoma dan akan menjalani rawatan kimoterapi. Saya mohon doa kawan-kawan semoga rawatan ini berjaya," katanya.
Malah, dia juga memaklumkan punca lehernya membengkak disebabkan penyakit kanser limfoma.
"Saya sekarang berada di Hospital Port Dickson (HPD) dan hari ini adalah hari terakhir saya di sini. Selepas ini, saya akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban." ujarnya.
Terdahulu, Ibnor dilaporkan mengalami kompilasi pelbagai penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol tinggi, darah tinggi dan migrain yang teruk.
Sumber: Harian Metro