Penyanyi popular zaman 1980-an, Ibnor Riza yang sedang menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat terus tabah dan kuat melawan sakitnya itu.

Malah, dia mendedahkan doktor meramal hanya ada enam bulan untuk dirinya hidup dengan keadaannya ketika ini.
Advertisement
Namun, penyanyi itu akan terus berusaha melawan penyakit itu dengan sokongan dan dorongan rakan-rakan dan keluarga.
"Kalau hendak difikirkan apa yang doktor cakap, saya ada hanya enam bulan untuk hidup, saya jadi sedih. Doktor berterus-terang selepas rawatan kemoterapi kesembilan, baru-baru ini, gagal.
"Jadi, maknanya saya hanya ada enam bulan untuk hidup. Tetapi saya tidak mahu pegang kata-kata itu. Saya percaya kepada Allah. Kanser ini, kita kena lawan.
"Lagipun, saya ada keluarga dan anak. Mereka perlukan saya. Dengan sokongan yang diberi, takkan saya hendak hampakan ramai orang.
"Saya kena kuat walaupun saya tidak sekuat mana pun sekarang ini," katanya.
Tambahnya, dia juga menjalankan program amal bagi mengumpul dana bagi menampung kos rawatan perubatannya.
Sumber: Harian Metro