Penyanyi, Hunny Madu kecewa apabila banyak sampah-sarap memenuhi persekitaran Pantai Tok Bali di Kelantan.

Dia pelik dengan keadaan pantai itu yang berubah sekelip mata dengan kotoran sebegitu.
Advertisement
"Pantai di Tok Bali, Kelantan sangat kotor dan penuh dengan sampah. Tempat yang patut jadi persinggahan sebentar untuk membeli ais krim kerana cuaca sangat panas terpaksa dibatalkan.

"Sebaliknya kami pergi ke hotel berdekatan kerana mood berubah selepas melihat longgokan sampah ini. Kenapa? Boleh sesiapa beritahu saya kenapa pantai yang dulunya cantik ini kini penuh dengan sampah-sarap?" katanya.
Malah, video yang dikongsikan Hunny itu mendapat perhatian rakyat Kelantan sendiri yang mengakui tahap kebersihan di negeri berkenaan sangat teruk.
"Saya orang Kelantan. Saya memang sangat setuju yang negeri Kelantan memang kotor. Sanggup tahan nak buang air di rumah dari singgah mana-mana stesen minyak, surau atau masjid sebab tandasnya memang kotor," komen seorang warganet.
Hunny bertindak membalas komen terbabit dan mengatakan pasti akan berbuat perkara yang sama.
"OMG betul. Memang tumpang tandas rumah saudara atau tunggu sampai hotel," katanya.
Pelbagai reaksi daripada warganet berkenaan kebersihan pantai di negeri itu sekaligus ia boleh membuka mata ramai pihak agar menjadi kebersihan alam sekitar.
Sumber: Harian Metro