Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelakon Veteran Hashim Abdul Rahman Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Pelbagai Penyakit

Pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman, 75, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akibat komplikasi pelbagai penyakit, jam 6.45 pagi tadi.

pelakon veteran hashim abdul rahman meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit

Menantu Allahyarham, Norhazrin Hashim memaklumkan keadaan kesihatan bapa mentuanya itu merosot selepas disahkan mengidap penyakit kencing manis.

Advertisement

"Arwah mengidap penyakit kencing manis dan keadaan kesihatannya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

"Keadaan arwah semakin membimbangkan dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, semalam.

"Bagaimanapun, degupan jantung arwah semakin lemah, subuh tadi. Doktor memanggil suami saya untuk mengajar arwah mengucap.

"Pada jam 6.45 pagi, arwah disahkan sudah meninggal dunia," katanya kepada BH Online.

Menurut Norhazrin, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk dikapan dan disolatkan.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik