Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah kesal apabila Ali Puteh bertindak untuk membayar hutang saman dengan sebuah motosikal.
Malah, dia menolak pembayaran hutang saman berupa motosikal itu kerana berasakan ia tidak wajar.
Advertisement

Malah, dia menegaskan yang dia menolak kerana pihak Ali ingin membayar menggunakan kenderaan iaitu motosikal dan bukan dalam bentuk wang sebagaimana diperintahkan mahkamah.
"Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.
"Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya," katanya.
Memetik laporan Harian Metro, Hidayah juga memaklumkan hutang antara mereka dalam bentuk wang tunai dan bukan seperti 'sistem barter' yang boleh dilangsaikan dengan membuat pertukaran barang.
"Persoalannya, mengapa dan kenapa pihak sana tidak mahu menjual terlebih dulu motosikal itu dan kemudian wangnya diberikan kepada saya untuk selesaikan hutang? Mengapa dan kenapa perlu memberi motosikal itu kepada saya dan saya pula yang perlu jual untuk dapatkan wang?" katanya.
Hidayah juga berharap pihak Ali Puteh dapat melangsaikan hutang samanya itu dalam bentuk wang seperti yang diarahkan mahkamah.
Sumber: Harian Metro