Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak.

Berusia 36 tahun, Henry berkongsi gambarnya dengan penampilan begitu santai yang sedang menikmati mee kolo yang popular dari negeri Bumi Kenyalang.
Advertisement
"Kalau kamu tahu, kamu tahu," tulisnya.
Namun, ramai yang tidak tahu tujuan utama Henry ke sini samada kerja ataupun sekadar pulang melepaskan rindu kepada keluarga dan kampung halamannya.
Dia cukup teruja apabila dapat pulang ke kampung halaman selepas berhempas pulas dengan kariernya di Hollywood.
"Selamat kembali. Saya patut pergi bersarapan di sana. Mee kolo merah, kesukaan saya!" itu antara komen dituainya.
Bagaimanapun, bapa kepada dua cahaya mata itu dilihat pulang sendirian tanpa isterinya Liv Lo.
Sumber: Harian Metro