Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lantang Bersuara Tentang Palestin, Halsey Dedah Terima Ugutan Bunuh

Penyanyi, Halsey mendedahkan ada menerima ancaman bunuh daripada seseorang hanya kerana dia lantang bersuara tentang pembebasan Palestin daripada Israel.

lantang bersuara tentang palestin, halsey dedah terima ugutan bunuh

Berusia 29 tahun, dia terpaksa berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong Palestin dalam media sosial buat seketika untuk menjamin keselamatan dirinya dan keluarga.

Advertisement

“Seorang individu tidak dikenali telah mengancam untuk membunuh saya dengan menggunakan senjata api kerana menyokong Palestin.

“Saya tidak menganggap ancaman tersebut sebagai satu bentuk gurauan. Walaupun saya tidak berkongsi apa-apa lagi tentang Palestin, namun negara tersebut berhak untuk bebas daripada penjajahan,” tulisnya di laman Instagram.

Tambahnya, pintu rumahnya pernah diketuk beberapa kali tetapi apabila menjengah tiada individu yang muncul di luar rumah.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik