Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hafidz Roshdi Tumbuk Isteri Sampai Luka, Keluarga Tampil Beri Pendedahan

Seorang ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan kakaknya itu mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat ditumbuk suaminya.

Malah, ahli keluarganya mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga luka di bahagian muka.

Advertisement

hafidz roshdi tumbuk isteri sampai luka, keluarga tampil beri pendedahan

Dilaporkan, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh tetapi tiada kecederaan yang kritikal berlaku.

“Saya difahamkan pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut.

“Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan ahli keluarga lain terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan serta ke hospital mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, keadaan kesihatan Shuhada dilaporkan masih baik setakat ini dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

“Alhamdulillah keadaannya stabil cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah.

“Selain itu, Shuhada juga melakukan rawatan lanjut bagi mengenal pasti tiada sebarang kecederaan serius berlaku seperti patah berlaku.

“Cuma, dia kini terkesan dengan apa yang berlaku,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik