Pelakon, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin atas pertuduhan sengaja mencederakan isterinya dengan menumbuk tiga kali pada bahagian muka kiri dalam kejadian pada 2 Mac lalu di susur keluar Plaza Tol Sg Buloh jam 3.30 pagi.
Hafidz, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret.
Advertisement
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Sumber : Kosmo