Penyanyi, Fyna Jebat terharu apabila suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan keizinan dan sokongan penuh untuk dirinya kembali aktif menyanyi.

Berusia 29 tahun, Fyna memaklumkan suaminya sangat menyokong dan memahami kerjayanya dalam bidang nyanyian.
Advertisement
“Suami saya dia bagi je (sahaja) untuk saya kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi,” katanya.
Tambahnya, penyanyi itu menjelaskan tiada syarat atau kekangan buat dirinya asalkan menjaga batas pergaulan.
“Alhamdulillah, baik datang dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.
“Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia ok,” jelasnya.
Sumber: Gempak