Pelakon Nur Fazura mendedahkan kecewa apabila Fattah Amin tidak berusaha memujuk atau menawan semula hatinya, sebaliknya hanya menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Kata Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, aktor terbabit cuma menyatakan keinginan mahu bersemuka selepas dia memfailkan permohonan cerai.
Advertisement
“Dah tak sebumbung dua bulan. Dalam tempoh itu pun saya mengharapkan suami datang memujuk. Bukan setakat Whatsapp mesej ‘selamat pagi’, ‘selamat malam’ dan ‘saya minta maaf’.
“Saya harapkan lebih daripada itu, datang ke rumah (jumpa) walaupun saya tengah marah. Sebagai isteri kadangkala kita mungkin marah, saya harap dia bersungguh pujuk, bukan mesej sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini hari ini.
Menurutnya, dia berdoa agar Allah membuka hati bersungguh-sungguh untuk berjumpanya bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.
Sumber: Kosmo Online