
Pelakon, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin ketika diwawancara oleh para wartawan, pagi tadi.
Advertisement
Menurut Peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Abdul Fattah Mohd Amin, 34, perkara berkenaan hanya boleh dilaksanakan jika Nur Fazura Sharifuddin, 41, benar-benar melanggar persetujuan perceraian itu.
“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.
“Mangsa dalam kes ini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melangar perintah yang dibuat,” ujar beliau.
Beliau berkata, kedua-dua pihak mempunyai alasan untuk berpisah, namun pelakon filem 'Pendekar Awang' itu sentiasa dinasihati supaya berhati-hati ketika membuat sebarang kenyataan agar tidak tersasar daripada perjanjian yang dipersetujui.
Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Fatah Amin bersama Fazura yang telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Sinar Harian