Bekas isteri penyanyi dan pelakon, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman mengejutkan warganet apabila mendedahkan sebuah video dan kisah isteri ND Lala membuat laporan polis mendakwa salah seorang anak mereka mencuri kenderaan miliknya.

Malah, Fauziah juga kecewa apabila wanita terbabit mendesak agar kenderaan itu dipulangkan serta membuat permintaan yang tidak logik terhadap anaknya sambil disaksikan oleh bapanya sendiri.
Advertisement
Video itu jelas menunjukkan anaknya Syafiq dituntut membuat pengakuan serta membuat permohonan maaf secara bertulis dan lisan ketika kejadian itu.
Tambahnya, Fauziah memaklumkan kejadian terbabit dirakam ND Lala atas arahan isteri keduanya itu.
"Ia memaparkan ND lala sedang memegang telefon dipercayai sedang merakam kejadian itu.
Sementara itu, wanita berpurdah yang dipercayai Siti Munirah sedang sibuk memeriksa barangan yang berada di dalam but kereta dipercayai bimbang sekiranya terdapat barangan miliknya hilang.
Namun, video itu dilihat amat menyedihkan apabila ND Lala mengarahkan anak lelakinya membaca pengakuan maaf dan menyerahkan kereta terbabit sambil diperhatikan wanita terbabit.
Sumber: Harian Metro