Fauziah Sarman sudah ikhtiar untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan suami, Datuk ND Lala.

Memetik laporan Harian Metro, dia mengaku perkara berkenaan apabila ditanya tentang isu perhubungan mereka.
Advertisement
“Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.
“Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah,” katanya.
Brusia 55 tahun, Fauziah meluahkan dia sering melihat ND Lala seakan tidak menghargai dirinya selama 10 tahun kebelakangan ini.
"Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara.
"Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.
"Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan...mungkin. Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya," jelasnya.
Tambahnya, dia memaklumkan ND Lala hanya pulang ke rumah selama tiga bulan sahaja pada 23 Januari tahun ini.
Namun, keadaan sentiasa menjadi huru hara dan mereka bergaduh setiap hari ketika dia balik.
"Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.
"Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.
"Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat," katanya.
Sumber: Harian Metro