Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fattah Amin Kesal Terpaksa Tipu Anak

Lands-P-11.png

Fattah Amin, seorang pelakon dan penyanyi, mendedahkan bahawa perkara yang paling dikesalinya dalam kemelut rumah tangganya yang berlaku sejak beberapa bulan lalu adalah menipu buah hatinya, Nur Fatima Aisya, yang berusia empat tahun.

Advertisement

Fattah menjelaskan bahawa Fatima sangat berharap untuk kembali ke rumah seperti biasa, tetapi dia terpaksa berbohong kepada puterinya dengan alasan perlu keluar bekerja.

"Pada usia Fatima sekarang, saya rasa dia tidak sepatutnya melalui keadaan seperti ini. Saya rasa kesal dan kesian pada dia.

"Bila jumpa dia, dia gembira dan dia nak saya balik rumah. Fatima nak mommy dan daddynya, tetapi saya terpaksa tipu dia yang saya keluar dari rumah sebab kerja.

"Dia terus menangis sebab tidak mahu lepaskan saya, sehingga dia tertidur. Itu yang membuatkan saya kesal kerana terpaksa menipu dia," ujarnya sebak.

Apabila ditanya tentang hak jagaan anak, Fattah menyatakan bahawa berdasarkan terma perjanjian yang telah dipersetujui, hak penjagaan sepenuhnya diberikan kepada Fazura. Namun, dia masih mempunyai hak untuk melawat dan bermalam bersama anak.

 

Sumber: Sinar Harian 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik