Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Tak Pernah Rasa Kasih Sayang Seorang Ibu Dari Kecil'' - Fatiya Latiff Luahkan Perasaan

Kontroversi demi kontroversi melanda diri pelakon Fatiya Latiff sejak kenyataannya mengenai Zahirah Macwilson.

Apa sahaja hantaran yang dimuat naik di media sosial menarik perhatian netizen. Tak kurang ada yang mempersoalkan kesihatan mental dirinya. Ada juga yang mempertikaikan keberadaan ahli keluarga pelakon ini.

Advertisement

Terbaharu, Fatiya memuat naik satu hantaran di Instagram seolah-olah memberi bayangan keadaan hubungan dengan ibunya. Fatiya meluahkan perasaannya sebagai seorang anak dan berasa sedih dengan layanan yang diterima daripada ibunya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

“Seorang anak, tak perlu dipertikaikan tentang tinggi atau rendah iman seseorang. Tetapi sebagai seorang anak, amat sedih apabila seorang ibu cuba memecah belahkan adik-beradik dari kecil.

“Sanggup menggunakan ilmu hitam, dan sanggup mempunyai niat untuk membunuh anak sendiri, bapa menjadi mangsa keadaan. Cuba meyakinkan diri sakit walaupun sebenarnya tidak.

“Menyalah guna kuasakan darjat ibu akibat sikap dengki pada anak sendiri. Tidak pernah merasakan kasih sayang ibu dari kecil, cuma wang, tekanan dan ketidak adilan orang pada diri membuatkan ibu rasa gembira.

“Atok pernah cakap, kalau rasa diri paling cantik, 1000 lagi ada lebih cantik, kalau rasa diri itu pandai. 1000 kali, lagi ada orang lebih pandai.

“Terima lah kenyataan. Walaupun saya berjalan sorang dalam dunia ini, ALLAH sudah cukup untuk saya,”luahnya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

SINAR Muzik Retro Terbaik