Farid Kamil menerusi satu video yang dimuatnaik di Instagramnya mengakui masih menyayangi isteri dan anak-anaknya.
Menurutnya pelakon itu lagi, dia akan berusaha untuk menjernihkan keadaan kemelut rumahtangganya selepas isterinya Diana Danielle mendedahkan akan memfailkan penceraian terhadapnya.
Semalam, Diana Danielle memuat naik hantaran di Instagram mendedahkan ingin berpisah dan akan memfailkan penceraian. Bagaimanapun, Diana tidak akan mendedahkan punca dirinya membuat keputusan tersebut.