Farid Kamil dalam satu hantaran video pendek di Instagram meluahkan kerinduannya pada dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Video yang dimuat naik merupakan kenangan dan detik manis mereka sekeluarga menunaikan umrah baru-baru ini.
Advertisement
"Rindunya pada meraka Ya Allah...Sampaikan pada mereka Ya Allah kerna Aku tidak mampu.." tulisnya.
Ramai yang meninggalkan kata-kata semangat buat Farid Kamil rentetan masalah rumahtangga yang dihadapinya termasuk adiknya, Fadzil Zahari.
"Allah bersama orang-orang yang sabar… moga dipermudahkan segala urusan"
Sebelum ini Diana Danielle memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi Isnin.
Permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.