Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Sinar Perdamaian. Farid Kamil Enggan Ulas Bilik Yang Anak Tak Sesuai Masuk

Pagi ini pasangan pelakon popular Farid Kamil dan Diana Danielle tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan keadaan tenang dan tersenyum.

Namun, ketibaan Farid Kamil hari ni hanya dengan tangan kosong tidak seperti sebelum ini yang membawa jambangan bunga serta sebentuk cincin buat Diana Danielle.

Advertisement

Mereka hadir ke mahkamah hari ini untuk proses pendamaian berikutan kemelut rumah tangga mereka selepas Diana Danielle memfailkan penceraian. Beberapa hari yang lalu Diana ada berkongsi mengenai kejadian yang berlaku di rumah yang melibatakan anak perempuan mereka, Aurora.

 

Melalui Insta Story (IG Story) yang dikongsi Diana, Farid memarahi Aurora kerana memetik cili di rumah jiran. Disebabakan perkara itu, Farid meletakkan Aurora di sebuah bilik di rumah mereka.

“Dia dipaksa duduk bilik Babah malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas berlapik sejadah.

Diana juga menceritakan selama dua hari Farid Kamil menjadi baran dan menjerit sekuat hati.

Ketika ditanya media mengenai bilik yang dikatakan tidak sesuai untuk kanak-kanak masuk, Farid Kamil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Kes hari ini berjalan lancar dan ada sinar untuk pendamaian. Farid turut berkongsi, dia bakal berjumpa dengan anak keduanya iaitu, Aurora tidak lama lagi dan berusaha sebaik yang mungkin.

Nampaknya kedua-dua belah pihak seperti mencapai kata putus, apabila Diana juga berharap isu ini bertemu jalan penyelesaian.

Disamping itu, apabila ditanya tentang keadaan Aurora, Diana mahu menjaga privasi anak keduanya itu dengan tidak berkongsi tentang keadaannya dengan lebih terperinci.

Diana Danielle turut enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang bilik yang diperkatakan. Diana juga menyerahkan segala pertanyaan kepada peguamnya.

 

 


Sumber : Official Hlive

SINAR Muzik Retro Terbaik