Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wujud Kristal X, Ewal Elak Ulas Lanjut Tubuh Kumpulan Lain

Penyanyi kumpulan Kristal, Ewal memaklumkan mengenai kewujudan sebuah lagi kumpulan Kristal yang dikenali dengan Kristal X.

wujud kristal x, ewal elak ulas lanjut tubuh kumpulan lain

Lan (vokalis), bekas anggota asal Ainul (drum), Ezal (bass) serta seorang anggota baru, Napie (gitar) dan Ewal juga antara ahli kumpulan Kristal X.

Advertisement

Berusia 31 tahun, Ewal merupakan penyanyi undangan untuk acara kumpulan Kristal pada mulanya selepas pengunduran Razlan dari kumpulan terbabit.

"Memandangkan sambutan yang bagus dari peminat, Rody menawarkan untuk saya kekal bersama mereka. Bagi saya ia satu tawaran yang bagus.

"Saya akan teruskan perjuangan dengan Kristal. Kita kini sudah berada dalam fasa yang lebih matang.

"Bukan nak cari siapa yang lebih popular atau sebaliknya. Kita nak kekal relevan sampai bila-bila. Orang boleh pilih nak Kristal yang mana. Rezeki masing-masing," katanya.

Tambahnya, dia menepis pelbagai dakwaan negatif terhadap keputusannya itu dan dia mahu menumpukan sepenuhnya pada kerjaya seni.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik