Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ernie Zakri Akui Suara Terjejas, Berehat Menyanyi Seketika

Penyanyi, Ernie Zakri dilaporkan kini berehat daripada aktiviti nyanyian buat sementara waktu bagi memulihkan semula keadaan suaranya yang terjejas sejak bulan lalu.

ernie zakri akui suara terjejas, berehat menyanyi seketika

Berusia 31 tahun, dia berkongsi suaranya mula terjejas pada hari bertanding sebuah program muzik di stesen televisyen swasta yang berlangsung pada Disember lalu.

Advertisement

“Ini adalah saya sejak beberapa hari lalu. Suara saya sudah ‘hilang’ pada hari SFMM38 dan kini dalam tempoh pemulihan.

“Saya perlu rehatkan suara tetapi terlalu banyak komitmen perlu dilakukan,” katanya.

Pelantun lagu Ku Bersuara itu memohon orang ramai dapat mendoakan kesihatan dirinya bertambah baik dan suaranya yang terjejas akan segera pulih.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik