Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein menafikan keputusan untuk undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10) adalah gimik semata-mata.

Menurut perkongsian Elly, dia menegaskan keputusan tersebut adalah muktamad dan tidak akan kembali ke pentas GV10 sebagai hos bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Advertisement
“Bukan salah Astro atau gimik seperti yang Nabil cakap. Inilah kenyataan di mana saya sudah tinggalkan GV buat selama-lamanya.
“Ya, tiada lagi dan cukup. Ini semua keputusan dari diri sendiri,” katanya dalam Instagram Story.
Tambahnya, dia turut menafikan dakwaan ramai yang mengatakan dia kini berbadan dua.
“Saya tidak mengandung, hanya perut buncit. Jangan memandai ya, tak baik mulut jahat.
“Saya, suami dan anak baik sahaja, Alhamdulillah,” katanya.
Sumber: Kosmo Online