Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Elly Arifin Berang Individu Hantar Gambar Alat Sulit

Pengacara dan pelakon, Elly Arifin kecewa dengan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab kerana melakukan perbuatan jijik.

elly arifin berang individu hantar gambar alat sulit

Malah, dia juga berkongsi ada yang mengirimkan gambar alat sulit kepadanya di media sosial.

Advertisement

Berusia 34 tahun, Elly memaklumkan status janda yang digalas bukan lesen untuk lelaki miang menjadikannya sebagai mangsa fantasi mereka atau objek simbolik seks.

“Ada saja komen jijik saya terima setiap kali berkongsi gambar walaupun foto itu biasa-biasa saja, bahkan ada yang lebih berani kirim gambar alat sulit dan meluahkan imaginasi melakukan hubungan terlarang dengan saya.

“Bukan saja kerana status saya, namun sejak dulu saya sudah menerima hantaran sebegini dan awas, jangan sampai saya buat laporan polis,” katanya.

Tambahnya, dia sangat menjaga maruah dan tidak akan melayan individu tersebut yang mahu melakukan tindakan buruk serta mengambil kesempatan kepadanya sebagai seorang wanita.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik