Pelakon, Ellie Suriaty terpanggil untuk bersuara mengenai tindakan Ruhainies yang ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu.

Malah, Ellie juga menyifatkan dia sebagai wanita tidak beradab kerana mengkhianati kawan baik sendiri iaitu Bella Astillah.
Advertisement
Berusia 54 tahun, dia menegaskan Ruhainies tidak patut melakukan perkara tersebut dan perlu berfikir panjang dalam setiap tindakan.
“Tidak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali.
“Kawan baik itu langsung tidak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim daripada seorang kawan baik,” katanya.
Tambahnya, dia juga menyeru orang ramai untuk tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Bella kerana sering memberikan peluang kepada Aliff meskipun sudah dicurangi beberapa kali.
Sumber: Kosmo Online