Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ella Syukur, Tak Sangka Terima Pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’

Ratu Rock negara, Ella terharu dan bersyukur apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records dengan mencipta rekod untuk “Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours”.

ella syukur, tak sangka terima pengiktirafan ‘malaysia book of records’

Nor Zila Aminuddin atau mesra disapa Ella, beliau sendiri yang menerima rekod tersebut selepas Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Advertisement

Malah, Ella berterima kasih kepada pihak yang memberi penghormatan kepadanya dan tidak dapat dilupakan buat semua peminat yang menyokongnya.

“Alhamdulillah, pertama sekali  syukur di atas semua nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Kelu lidah untuk saya ungkapkan perasaan ketika ini, malam ini terpahat sebagai memori yang sememangnya manis setelah bergelar penghibur sepanjang 35 tahun dalam karier saya, saya juga teruja dengan sambutan luar biasa dari semua penonton dan peminat yang hadir,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Pelbagai lagu-lagu hit yang dinyanyikan olehnya termasuk Sembilu, Pengemis Cinta, Tiada Tangis Lagi, Kesal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Dua Insan Bercinta, Standing In The Eyes Of The World, Peace Love Rindu dan banyak lagi.

Konsert berdurasi hampir 3 jam itu direka khas untuk Ratu Rock, menggambarkan perjalanannya sebagai seorang artis. 

Hitman Solutions selaku penganjur mereka pentas berinspirasikan kepingan-kepingan puzzle yang dicantumkan. 

ella syukur, tak sangka terima pengiktirafan ‘malaysia book of records’

Tambahnya, Ella mahu peminat terus mendoakannya dan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota tidak akan berakhir begitu sahaja.

“Jangan gusar dan risau, doakan agar saya dapat terus sentiasa mewarnai dunia anda selagi mana diizinkan.

“Insya-Allah, semoga kita dapat berjumpa lagi di siri konsert berlainan yang akan datang. Peace, love, rindu,” jelasnya.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik