Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ella Bersolidariti Bersama 14,000 Orang Peminat, Berhibur Sambil Beramal Untuk Palestin

Bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang, disaksikan hampir 14,000 penonton yang hadir memenuhi segenap ruang dengan kedudukan pentas yang berada di tengah-tengah arena, 

Ratu Rock Negara, Ella sekali lagi memukau lebih 14,000 penonton yang hadir ke konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ edisi Pulau Pinang, pada Sabtu lalu.

Advertisement

ella bersolidariti bersama 14,000 orang peminat, berhibur sambil beramal untuk palestin

Penganjur acara terkenal, Hitman Solutions berganding bahu bersama syarikat pengurusan Ella, RockQueen untuk menjayakan konsert yang gilang-gemilang itu.

Ramai yang terharu apabila semua memakai juga busana serba putih dan mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang berdepan dengan kemelut kemanusiaan.

“Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa buat saudara kita yang terkorban dan sedang bergelut dengan konflik peperangan di sana, ‘free Palestine’!,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Lebih 40 buah lagu telah didendangkan buat semua penonton seperti Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang.

Menariknya, semua penonton terkejut dengan penampilan istimewa oleh Kaka Azraff, adik Ella sendiri, penyanyi era 90-an, Korie, suami tercinta Ella, Kapten Azhar Ghazali dan kemunculan khas Dato’ Awie.

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat,” jelasnya.

Ella mengakui berdepan dengan masalah kesihatan sebelum konsert ini berlangsung, namun dia tetap kuat untuk meneruskan demi peminat yang ternanti menonton persembahannya secara langsung.

“Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara.

“Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya,” katanya.

ella bersolidariti bersama 14,000 orang peminat, berhibur sambil beramal untuk palestin

Menurut kenyataan En. Rohit Rampal selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, konsert Ella di Pulau Pinang amat memberangsangkan sambutannya tetapi ia bukan terhenti begitu sahaja.

Dia mengumumkan konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ akan ada edisi di negeri yang lain iaitu di Sabah.

“Saya bangga dapat bekerjasama dengan Ella sekali lagi kini di lokasi yang ketiga selepas kejayaan konsert di Kuala Lumpur yang memecah tradisi dengan jualan tiket 'sold-out' dalam masa 24 jam, dan di atas permintaan ramai, disambung ke malam kedua.

“Impian kami (Hitman Solutions) adalah dengan terus meningkatkan penanda aras setiap konsert, memberikan sesuatu yang unik dan berlainan di setiap persembahan Ella.

“Nantikan konsert yang seterusnya pada suku pertama tahun hadapan yang akan diadakan di Sabah pula, jadi nantikan tarikhnya,” jelasnya.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik