Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ella Dedah Pernah Ditawar Jenama Antarabangsa, Bayaran Mahal

Ratu rock negara, Ella mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada jenama antarabangsa dan ditawarkan bayaran mahal.

ella dedah pernah ditawar jenama antarabangsa, bayaran mahal

Namun, dia mengingatkan pengguna media sosial agar tidak membuat tuduhan melulu terhadap selebriti yang didakwa menyokong produk jenama berkaitan Israel.

Advertisement

Berusia 58 tahun, penyanyi itu juga membuat semakan terperinci perlu dilakukan sebelum menyenaraikan artis tempatan dalam gerakan Blockout 2024 bagi memastikan mereka benar-benar pro-Israel.

“Selidik dulu sebelum jatuh hukum dengan mengatakan seseorang itu tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin.

“Kena pastikan betul-betul sebelum boikot,” katanya.

Tambahnya, Ella berkongsi jika seseorang itu tidak banyak berkongsi mengenai situasi semasa di Gaza, tidak bermakna mereka kurang prihatin.

“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Misalnya konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini.

“Kami bukan sahaja adakan satu segmen khas, bahkan kami dedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati keadaan semasa di sana,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik