Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kehilangan Isteri Tercinta, Eddie Wings Kuat Tetap Teruskan Persembahan

Penyanyi Wings, Datuk Awie memuji komitmen pemain bass mereka, Eddie yang mengambil keputusan untuk terus membuat persembahan di Nusafest 2023 pada Sabtu lalu biarpun mengetahui berita duka kematian isteri, Norlela Mohd Yusof, 61, Jumaat lalu.

kehilangan isteri tercinta, eddie wings kuat tetap teruskan persembahan

Tambahnya, mereka sudah bersedia untuk mencari pengganti sekiranya Eddie tidak boleh untuk beraksi malam itu, tetapi Eddie tetap mahu menyelesaikan tanggungjawab dan komitmennya sebagai pemuzik.

Advertisement

"Dengan semangat yang ditunjukkan, saya rasa Eddie gagah, kuat dan dapat selesaikan tanggungjawab dia sebagai seorang penghibur dan pemuzik.

"Macam mana sekalipun perjanjian itu dah termaktub dan termeterai, maka kita tak boleh nak elakkan. Jadi, ini adalah satu semangat perjuangan yang bagus yang ditunjukkan oleh Eddie. Alhamdulillah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

"Kita tidak memaksa Eddie kerana dari sudut kesihatan, emosinya terganggu dan sebagainya. Kita tak nak berlaku apa-apa tak elok atas pentas. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang ada, semangat setia kawan, semangat padu dalam Wings itu yang kita nak. Syukur alhamdulillah," katanya.

Malah, berita duka itu memberi kesan yang mendalam terhadap semangatnya dan anggota lain.

"Saya pun dalam keadaan sedih dan dalam keadaan ini tenaga merudum. Kita tak boleh nak 'over' macam sebelum-sebelum ini. Tak boleh dan tak mampu.

"Kita bukan kawan tapi dah tahap keluarga. Kami seperti cubit peha kiri, peha kanan terasa. Kita lebih akrab lagi sebenarnya daripada adik-beradik. Jumpa hari-hari, minum sekali dan berlatih sekali.

"Inilah yang buatkan kita terasa dengan apa yang berlaku," jelasnya.

Eddie juga reda dengan apa yang berlaku dan dia menjelaskan apa yang dilakukannya itu adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang pemuzik.

"Saya bermain dengan Wings dah lama. Jadi apa-apapun masalah yang timbul di luar saya tak boleh campur dengan kerja. Kita kena bagi komitmen.

"Saya lihat kawan-kawan saya sungguh 'support' (menyokong) saya daripada urusan isteri saya di hospital sampai dikebumi. Kawan-kawan semua ada dengan saya. Itu yang saya lagi kuat.

"Saya reda dengan ketentuan Allah. Dah bersedia dengan apa yang berlaku. Jadi, saya cuba teruskan konsert ini. Alhamdulillah saya dapat fokus tapi Awie buat pengumuman masa lagu Harapan saya dah tak boleh tahan," katanya.

Isteri Eddie, Norlela meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu dipercayai akibat komplikasi buah pinggang.

Salam takziah daripada kami di SINAR.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik