Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ebby Yus Dedah Kena Pasang Bateri Pada Jantung?

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit lain mendedahkan menerima saranan doktor menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung.

ebby yus dedah kena pasang bateri pada jantung?

Memetik laporan Berita Harian, dia berkongsi saranan doktor itu kepada umum tetapi keputusan itu masih belum muktamad.

Advertisement

Berusia 58 tahun, keputusan hanya akan dibuat selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Jantung Hospital Serdang, Oktober ini.

"Kes jantung saya dirujuk ke Hospital Serdang. Saya ada temu janji dengan doktor, bulan depan. Keputusan sama ada perlu pasang bateri ataupun tidak pada jantung, semuanya bergantung kepada hasil ujian kesihatan yang bakal dijalankan.

"Berdasarkan penjelasan doktor, kekuatan jantung saya sekitar 27 peratus sahaja. Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan alternatif sejak Ramadan lalu, kekuatan jantung saya meningkat kepada lebih 30 peratus.

"Apapun, saya kena tunggu keputusan pemeriksaan kesihatan pada Oktober ini. Kalau perlu pasang bateri pada jantung, saya reda," katanya.

Dalam pada menanti untuk menjalani prosedur itu, Ebby juga memaklumkan perlu menjalani pembedahan membuang selaput pada bahagian mata yang menjejaskan penglihatannya.

"Sebenarnya saya mengalami masalah penglihatan kabur di kedua-dua mata. Sepatutnya pembedahan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun disebabkan ramai menunggu giliran, saya bercadang untuk membawa kes mata ini ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban,” katanya.

Namun, Ebby terus kuat mencari rezeki biarpun berdepan masalah kesihatan kronik demi meneruskan kehidupan.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik