Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dynas Mokhtar Sedih Dapat Tahu Wang Simpanan ‘Hilang’

Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar berputih mata apabila mengetahui wang simpanannya di bank ‘hilang’ dan akaunnya hampir kosong.

dynas mokhtar sedih dapat tahu wang simpanan ‘hilang’

Berusia 41 tahun, pelakon tersebut menyedari situasi itu apabila dia ingin membayar gaji pengurusnya.

Advertisement

“Selepas habis penggambaran beberapa hari sebelum ini, saya ingin membayar gaji PA dan baharu sedar hampir semua duit hilang.

“Saya hanya ada kad debit dan tak pernah ada kad kredit. Ingatkan guna kad debit lebih selamat kerana kita tak berhutang,” katanya.

Malah, dia juga bersedih kerana mengetahui wang simpanannya itu digunakan untuk mata wang asing.

"Selepas semak penyata bank, rupanya ada transaksi daripada mata wang asing seperti dolar Hong Kong.

“Laporan polis sudah dibuat dan banyak pihak bantu memudahkan urusan. Minta semua doakan semoga saya dapat duit itu kembali,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik