Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Donnie Yen ‘Turun Padang’ Ke Malaysia Untuk Promosi Filem Arahannya ‘SAKRA’

Bintang antarabangsa Donnie Yen yang terkenal dengan watak Tuan Guru IP Man kini beralih wataknya kepada Tuan Guru Qiao Feng, seorang protagonis utama di alam kehidupan pemerintahan zaman Wuxia. 

donnie yen ‘turun padang’ ke malaysia untuk promosi filem arahannya ‘sakra’

Dunia Wuxia diciptakan oleh Louis Cha, seorang novelis legenda berbakat yang terkenal dan beliau merupakan seorang novelis terbaik yang telah menerbitkan pelbagai novel Wuxia termasuk siri novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils. 

Advertisement

Untuk memperkenalkan novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils pada masyarakat dunia, pelakon aksi terkenal Donnie Yen mengambil inisiatif mengadaptasikan novel tersebut ke layar perak dengan memberi tajuk baru SAKRA. 

Di dalam pembikinan filem aksi epik terbesar SAKRA ini, Donnie Yen menggalas tugas besar sebagai seorang Penerbit, Pengarah dan Pelakon.

Malah, Donnie Yen teruja menghasilkan filem itu sendiri dan dia juga telah mengumpul satu pasukan produksi yang hebat dimana sebahagian dari mereka, pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk sinematografi terbaik, penyunting terbaik, pereka set dan pereka pakaian terbaik, pengarah terbaik serta pasukan aksi lagak ngeri terbaik. 

Pelakon aksi atlet sukan negara Wu Yue, pemenang pelbagai anugerah Hong Kong Kara Wai, pemenang pelakon wanita terbaik anugerah Filem Hong Kong Cya Liu, Cheung Siu Fai dan ramai lagi termasuk Penampilan Khas - Lui Leung Wai and Tsui Siu Ming juga antara terlibat dalam pembikinan filem ini.

Pada 13 dan 14 Januari 2023, Donnie Yen akan membuat kemunculan di Malaysia untuk mempromosikan filem SAKRA dan jadual promosi adalah seperti berikut.

Filem aksi wuxia blokbuster SAKRA akan menemui pawagam pada 16 Januari 2023 dengan tayangan awal bermula pada 14 dan 15 Januari 2023.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik