Kehidupan yang penuh dengan serba-serbi indah dan gah terutamanya apabila individu ini seorang yang sangat popular.

Malah, mereka juga terdedah dengan golongan pembenci yang sentiasa mencari titik terlemah untuk dijadikan bahan serangan di media sosial hingga ada yang ‘tumpas’ dalam emosi dan tertekan.
Advertisement
Kini, dunia media sosial merupakan satu platform yang mudah tersebar dan ia perlu digunakan dengan sebaiknya.
Namun, ada juga segelintir pihak yang menggunakan media sosial untuk sebarkan negativiti dan mengecam seseorang lebih-lebih lagi selebriti.
Anak seni tanah air mengakui itu yang dilalui mereka ketika ini dan sudah ramai yang semakin terbuka mengakui berdepan masalah kesihatan mental.
Ada yang sudah ada masalah kemurungan dan lebih teruk jika ‘terjun’ ke dunia hiburan.
Ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam sehingga mencetuskan rasa takut, keresahan melampau terhadap diri mereka.
Sumber: Kosmo Online