Pelakon, Didie Alias tampil memberikan teguran buat segelintir pelakon baharu yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam kerja mereka biarpun mendapat peluang terbaik untuk berada di depan.

Berusia 51 tahun, pelakon ini menganggap populariti mudah yang dikecapi menerusi platform media sosial telah membuatkan mereka bersikap sambil lewa dan tidak fokus dalam kerjaya seni mereka.
Advertisement
“Berdasarkan pengalaman sendiri, saya banyak berdepan dengan pelakon baharu yang tidak serius dalam kerja mereka.
“Saya tidak kisah mereka datang dari platform media sosial atau dari mana, asalkan mereka ada keinginan untuk belajar dan tunjukkan kesungguhan dalam kerja.
“Namun bila mereka sambil lewa, ia memberi kesan kepada pelakon lain yang memberi sepenuh komitmen. Saya dan rakan-rakan sering berdepan situasi begini menyebabkan saya rasa perlu menegur mereka,” jelasnya.
Tambahnya, dia sentiasa terbuka, berkongsi pengalaman dan cuba membantu bakat baharu ketika bekerja bersama dengan mereka dalam sesuatu produksi.
Malah, Didie juga berharap mereka akan buat yang terbaik dalam bidang lakonan supaya lebih menyerlah di masa depan.
Sumber: Sinar Harian