Pelakon, Diana Danielle yang mengejutkan para peminat apabila memfailkan permohonan cerai dilihat sudah memadam gambar suaminya Farid Kamil di Instagram.

Menurut tinjauan di laman Instagram miliknya, dia hanya meninggalkan gambar bersama dua anaknya, Muhammad, 10; dan Nur Aurora, 8.
Advertisement
Malah, dia juga hanya berkongsi hantaran untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Imaginur.
Manakala di Instagram Farid, dia pula masih mengekalkan gambarnya bersama Diana dengan anak-anak mereka.
Terdahulu, Diana membuat permohonan cerai awal bulan lalu dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Teka-teki hubungan bagi pasangan ini masih menimbulkan tanda tanya dalam kalangan semua pihak.
Sumber: Harian Metro