Pelakon Diana Danielle mendedahkan dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.

Permohonan cerai tersebut dibuat atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Advertisement
Malah, ia telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini tetapi Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Tambahnya, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah dan Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sumber: Utusan Online