Pelakon, Diana Danielle bertindak memanggil polis apabila mendakwa suaminya, Farid Kamil menjadi makin baran dua hari selepas dia memohon cerai termasuk menengking dan memarahi anak mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Diana melihat Farid mula berubah dan bertindak baran terhadap hal remeh termasuk memarahi anak perempuannya, Nur Aurora dengan teruk selepas memetik cili di rumah jiran.
Advertisement
"Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.
"Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.
"Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut.
"Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung 'ajar' anak," katanya.
Malah, Diana terkejut apabila mendapati Aurora tidur di atas lantai berlapikkan sejadah di depan pintu tandas.
Dia kemudiannya mahu mengambil anaknya itu untuk tidur bersamanya di bilik lain kerana tak sanggup melihat anaknya sebegitu, namun Farid menghalang dan menolaknya berkali-kali.
Tambahnya, dia tidak pernah melihat suaminya berkelakuan begitu hingga menimbulkan ketakutan buatnya.
Dia terpaksa menghubungi polis untuk keluar dari rumah disebabkan keadaan Farid yang dilihat tak boleh mengawal emosi.
Diana juga menegaskan dia bertindak sedemikian kerana tak tahu apa yang akan berlaku lagi esoknya kepada diri dan anaknya.
Sumber: Harian Metro