Pelakon, Diana Danielle tidak faham tentang pemilik restoran yang meletakkan premis perniagaan mereka ‘muslim-friendly’.

Menurut perkongsian di laman TikTok miliknya, Diana membidas kebanyakan premis yang menggunakan istilah sedemikian hanya mahu menarik pelanggan beragama Islam.
@diana.danielle What say you?
♬ original sound - Diana Danielle
Advertisement
Namun, tiada pengesahan membuktikan kedai makan tersebut menyediakan bahan serta makanan halal.
“Sebenarnya dah lama soalan ini membelenggu minda saya, macam tertanya-tanya tentang penggunaan ‘muslim-friendly’.
“Adakah sesuai untuk sesebuah restoran atau istilah tersebut tanpa sebarang bukti yang menunjukkan premis mereka sesuai untuk Muslim?
“Saya nampak istilah tersebut digunakan di mana-mana sahaja untuk menarik orang Muslim datang,” katanya.
Malah, dia juga meluahkan rasa hairan apabila istilah itu masih digunakan secara meluas meskipun ramai mempersoalkan status halal sesetengah kedai selain was-was untuk datang menjamu selera.
Sumber: Kosmo Online