Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle berkongsi dia menerima pelbagai mesej lucah yang tidak senonoh.

Dia berani tampil untuk bersuara kerana dia juga tidak pernah menjadi mangsa gangguan seksual menerusi media sosial.
Advertisement
Berusia 32 tahun, dia mengingatkan orang ramai yang menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh sebegitu itu tampil mengambil tindakan sepatutnya sebagai satu perlindungan diri.
Malah, gangguan seksual juga mempunyai akta yang melindungi orang awam daripada dikacau dan dihendap individu yang tidak dikenali termasuk menerusi media sosial.
“Macam yang saya beritahu tiada beza kalau awak berkata-kata atau hantar mesej di media sosial dengan bila bercakap secara berdepan sebab gangguan seksual tetap gangguan seksual.
“Perkara itu boleh digunakan terhadap awak, jadi bila awak tengok gambar atau tengok apa yang seseorang sedang lakukan dan rasa macam nak hantar mesej pelik-pelik atau ugutan, benda seperti itu boleh digunakan terhadap awak jadi berhati-hati,” katanya.
Namun, Diana tidak mendedahkan identiti pelaku, sebaliknya sekadar memberi peringatan kepada masyarakat.
“Saya maklumkan ini bukan untuk ambil tindakan tapi yang menariknya ramai yang tak tahu pasal perkara ini,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online