Hari ini pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle tiba di Mahkamag Rendah Syariah Daerah Petaling bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Farid Kamil tiba di perkarangan mahkamah dengan sejambak bunga ros dan juga sebentuk cincin. Menurut Farid, bunga tersebut sebagai tanda pendamaian pertama terhadap isterinya Diana.
Advertisement
Bagaimana pun selepas sesi mereka selesai, Farid Kamil mendakwa wujud orang ketiga dalam hubungan mereka namun tidak ingin mendedahkan siapakah individu tersebut. Farid juga mendakwan yang Diana pernah ‘terkantoi’
Sebagai suami, dia rasa tidak adil dan ingin menuntut haknya sebagai suami.
Menurutnya lagi, dia sudah cuba untuk mempertahankan dan nenyelamatkan rumah tangganya namun Diana sekerasnya menolak.
“Saya dah cuba sedaya upaya saya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah.
“Seperti yang saya sedia maklum, ada pihak ketiga yang menyokong beliau daripada belakang,” jelas Farid.
Farid turut berkongsi, dia ada membeli sebentuk cincin sebagai ulang tahun perkahwinan dia dan Diana yang ke-11. Namun, bunga yang dibawa juga dicampak.
Ketika Diana ditanya pihak media mengenai dakwaan ada pihak ketiga, Diana menafikan.
“Tidak. Fitnah, fitnah
“Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi tu dia dah hilangkan selama 8 tahun. Baru hari ni dia nak belikan balik cincin perkahwinan kami selepas 8 tahun?
“Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin kahwin saya?,” menjawab kepada pertanyaan media.
Nafi wujud orang ketiga, Diana Danielle dakwa Farid Kamil bukan mahu menyelamatkan rumah tangga tetapi hanya mahu menyelamatkan mukanya sahaja.
Apabila ditanya Diana tentang “orang ketiga”, Diana menjelaskan bahawa itu semua fitnah, cincin yang dibawa Farid juga sebelum ini tidak pernah diberi dan dihilangkan oleh Farid 8 tahun yang lalu. Punca sebenar Diana memfailkan perceraian juga adalah tanggungjawab.
Diana turut memaklumkan bahawa anak kedua mereka iaitu, Aurora trauma apabila ditanya soal Farid sudah 23 hari tidak berjumpa dengan anak-anak.
Gambar : Utusan Malaysia