Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak ambil hati apabila ketiadaan anak lelakinya juga pengarah dan pelakon ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Memetik laporan Harian Metro, beliau reda dengan situasi tersebut dan percaya anaknya pasti akan pulang.
Advertisement
“Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini. Tapi tak apa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada dan qadar.
“Tapi saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh.
“Biasalah budak muda merajuk kan? Tapi kami memang tak ambil hati,” katanya.
Terdahulu pada awal Mac lalu, Yusof mendedahkan Syamsul juga tidak menghubungi kerana mungkin agak sibuk dengan pembikinan filem.
Kali terakhir dua beranak ini bertemu ialah pada 2022 iaitu ketika ibu mentua Yusof yang juga nenek Syamsul sakit.
Tambahnya, dia juga memahami anaknya Syamsul mungkin sedang sibuk dengan pembikinan filem terbaru arahannya, Original Gangster yang bakal ditayangkan hujung tahun ini.
“Apa saja untuk Syamsul, saya dan ibunya sentiasa mendoakan terbaik. Tidak ada ayah atau orang tua yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro