Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Yusof Haslam Tak Tahan Sebak, Puji Sikap Positif Allahyarham Ridzuan Hashim

Penerbit popular Datuk Yusof Haslam tak dapat menahan sebak apabila ramai rakan seperjuangan telah pergi meninggalkannya termasuklah Allahyarham Ridzuan Hashim.

datuk yusof haslam tak tahan sebak, puji sikap positif allahyarham ridzuan hashim

Berusia 69 tahun, Datuk Yusof menerima dengan reda setelah arwah yang banyak berjasa dan bekerjasama dalam industri hiburan telah meninggal dunia.

Advertisement

“Saya 69 tahun, arwah 62 tahun. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Saya doakan yang terbaik. Itu yang saya harapkan untuk arwah.

“Ramai rakan saya dah ‘pergi’. Allahyarham Latif Ibrahim, Zulkifli Zain dan Aman Shah. Satu demi satu pergi. Semua yang seangkatan dengan saya.

“Saya sebak, kehidupan ini hanyalah sementara. Kita yang hidup kena teruskan perjuangan dan yang telah pergi kita doakan yang terbaik buat mereka,” katanya.

Malah, beliau memuji tindakan dan sikap arwah yang positif dalam dirinya sebagai pelakon, arwah juga sangat berdisiplin yang sangat menepati masa.

“Komitmen dia dalam filem KL Gangster cukup bagus. Saya selalu melawat Syamsul ‘shooting’ dengan dia. Tengok cara dia bekerja,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik