Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syamsul Yusof Timang Cahaya Mata? Datuk Yusof Haslam Akui Tidak Berhubung Dengan Anaknya

Baru-baru ini, pelbagai dakwaan yang mengatakan isteri kepada pengarah, Syamsul iaitu Ira Kazar sudah selamat bersalin.

syamsul yusof timang cahaya mata? datuk yusof haslam akui tidak berhubung dengan anaknya

Namun, dakwaan ini tidak dapat disahkan kerana tiada sebarang pengesahan dibuat daripada mana-mana pihak.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, pihaknya cuba mendapatkan jawapan pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam berkenaan dakwaan berkenaan tetapi dia tidak dapat mengesahkan mengenai dakwaan tersebut.

Dia juga mengetahui dakwaan tersebut ketika ditemubual wartawan tentang anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama Ira Kazar.

Tambahnya, dia mengakui sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul dan tidak mengetahui tentang isu terbabit.

“Saya tidak tahu hal itu, jadi jangan tanya fasal ini (terima cucu baru). Lagi pula, saya dan isteri sudah tidak berhubung dengan Syamsul, sangat lama.

“Jadi saya tidak mahu komen apa-apa, sebab langsung tidak tahu. Kalau saya cakap mengenai perkara yang saya tidak tahu, nanti lain pula jadinya.

“Kalau betul sekali pun (dakwaan), saya tetap tak boleh komen sebab itu di luar pengetahuan saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik