Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Nash Cari Calon Isteri, Terlalu Memilih Pasangan?

Penyanyi, Datuk Nash mendedahkan dia telah bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama pasangan pilihannya.

datuk nash cari calon isteri, terlalu memilih pasangan?

Malah, dia sendiri mengakui pengalaman dua kali melalui kegagalan perkahwinan membuatkannya lebih selektif memilih calon isteri sehingga terpaksa menamatkan hubungan dengan seseorang berikutan tiada keserasian.

Advertisement

Namun, dia sentiasa terbuka untuk menerima untuk bertemu dengan insan yang memahami kerjaya seninya dan boleh hidup bersama.

“Pada usia ini saya nak cari peneman untuk melalui usia emas bersama-sama, cuma biarlah wanita itu nanti faham karier saya sebagai penyanyi dan menghormati antara satu sama lain.

“Sepanjang tempoh ini pun saya tak pernah menutup pintu hati malah sejujurnya saya pernah rapat dengan seorang kenalan lama tapi akhirnya saya sedar kami tiada keserasian,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik