Penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim menjelaskan pembedahan bariatrik dilakukannya sekitar 2020 disebabkan faktor kesihatan yang semakin memburuk pada ketika

Khadijah yang memulakan karier nyanyian sekitar 1970-an berkata, pembedahan itu dilakukan selepas mengalami masalah kesihatan pada bahagian batu hempedu.
Advertisement
"Sebelum melakukan pembedahan bariatrik sekitar tiga tahun lalu, saya menanggung rasa sakit yang teruk selama lima tahun selepas menjalani pembedahan membuang batu hempedu pada 2015.
"Pelbagai ubat saya makan untuk kembali sembuh, namun semuanya tak menjadi. Jadi, saya buat keputusan berjumpa dengan Pakar Bedah Perunding, Usus dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher untuk rawatan susulan.
"Selepas mendapatkan penerangan saya terus bersetuju untuk melakukan pembedahan bariatrik demi kesihatan diri sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis perkongsian mengenai pembedahan bariatrik oleh Dr Mustafa di sebuah restoran di ibu kota, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, penyanyi lagu Ku Pendam Sebuah Duka itu berkata, dia memilih menjalani pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan biarpun ada yang menganggap ia sebagai kaedah rawatan berisiko.
Sumber: Berita Harian