Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Jamal Abdillah Kecewa Isu Kelewatan Bayaran Masih Berlaku

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah akhirnya tampil bersuara supaya hak sebagai penyanyi tidak diabaikan.

datuk jamal abdillah kecewa isu kelewatan bayaran masih berlaku

Beliau berani untuk bersuara mengenai isu berkenaan disebabkan ramai selebriti yang terkesan akibat tindakan segelintir penganjur melewatkan bayaran.

Advertisement

Malah, dia juga kecewa kerana isu ini masih berlaku biarpun sudah lama berlaku dalam industri hiburan.

Berusia 63 tahun, penyanyi ini mahu isu tersebut berakhir dan penganjur melakukan tindakan yang sepatutnya buat anak seni yang telah bekerja sebaiknya.

"Apa yang berlaku sama seperti era 1980-an dan 1990-an. Penyanyi yang membuat persembahan ada masanya perlu tunggu sehingga dua bulan untuk terima bayaran.

"Isu yang saya bangkitkan ini berlaku membabitkan stesen televisyen (TV) dan penganjur acara. Saya bercakap sebagai wakil rakan penyanyi termasuk anak-anak saya sendiri.

"Saya menjadi wakil menyuarakan perkara ini disebabkan mereka tak berani. Ini kerana mereka risau menjejaskan pendapatan.

"Sebagai orang lama dan nampak isu ini sudah berlarutan sejak berdekad lamanya, saya beranikan diri untuk kebaikan bersama," katanya.

Tambahnya, isu kelewatan bayaran perlu dipandang serius kerana penyanyi juga perlu mendapatkan hak selepas selesai melaksanakan tugas tanpa ada sebarang penangguhan.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik