Penyanyi pop popular, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan dia dan isterinya mengakui kelahiran anak keempat bersama Datin Zai Izzati Khiruddin bakal menjadi cahaya mata bongsu mereka.

Beliau berkongsi ia berikutan nasihat doktor kepada isterinya doktor agar tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara pembedahan.
Advertisement
"Alhamdulillah, kami sudah ada empat, cukuplah. Doktor pun memberi nasihat dan tidak membenarkan isterinya hamil sebab anak dilahirkan secara pembedahan termasuk anak keempat ini.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kesihatan bayi perempuan dalam kandungan isteri berada dalam keadaan baik," katanya.
Malah, beliau juga memaklumkan tarikh kelahiran telah diputuskan doktor selepas membuat mempertimbangkan terhadap keadaan bayi dalam kandungan isteri.
"Aidilfitri ini saya sekeluarga akan menyambut bersama cahaya mata baharu dijangka lahir secara pembedahan pada 14 April ini.
"Jika diikutkan, saya mahu tarikh 1 April untuk isteri melahirkannya. Ini kerana sempena ulang tahun perkahwinan ke-6.
"Tetapi, doktor maklumkan tarikh ini tidak sesuai dan memberikan tarikh 14 April ini," jelasnya.
Tambahnya, dia juga sudah menerima pelbagai pandangan peminat dan ada nama yang sesuai untuk anaknya selepas berbincang dan membuat penilaian.
Sumber: Berita Harian / Astro Radio News