Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Jalaluddin Hassan Mahu Berhenti Berlakon?

Selebriti versatil lagenda, Datuk Jalaluddin Hassan mengakui dia masih sibuk di lokasi penggambaran menjalankan tugas dan kewajipannya sebagai seorang pelakon yang masih menjadi pilihan syarikat penerbitan tempatan.

datuk jalaluddin hassan mahu berhenti berlakon?

Ayah kepada lapan zuriat ini berkongsi pernah terfikir untuk mengundurkan diri dari bidang seni kerana faktor usia.

Advertisement

"Sejujurnya saya pernah terfikir untuk undurkan diri dari bidang seni kerana faktor usia. Bukan apa, kadang tak larat.. tapi rezeki yang ada pada saya dan yang saya tahu ialah bidang seni.

"Jika hendak meniaga saya tak pandai atau ada kemahiran untuk menjalankan bisnes. Jadi bidang seni ini saya jaga, saya pupuk, dan saya belajar serta halusi sebaiknya.

"Oleh itu, pada saya tiada sebab hendak berhenti berkecimpung dalam bidang ini secara drastik dan mengejut," kata Jalal.

Namun, dia cuba untuk bekerja keras untuk peminat dan industri hiburan tanah air.

Malah, dia sendiri tidak sangka dapat kekal bertahan serta masih diminati ramai sehingga kini.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik