Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Merajuk Dengan Industri? Datuk Hattan Umum Bakal Bersara Menyanyi

Penyanyi Datuk Hattan mengejutkan ramai pihak apabila dia mengumumkan mahu bersara daripada nyanyian pada Jun depan. 

merajuk dengan industri? datuk hattan umum bakal bersara menyanyi

Memetik laporan Harian Metro, dia sudah lama berfikir mengenai hasrat itu dan ini masa terbaik untuk dia melakukannya.

Advertisement

"Saya akan bersara pada bulan enam (Jun). Jadi, saya punya dream (impian) dulu masa mula terbabit dalam industri ini, saya belajar dengan Datuk M (M Nasir).

"Dan saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu," katanya.

Malah, dia juga berkongsi pengunduran ini akan dilakukan selepas dia menjayakan sebuah konsert pada Jun depan. Namun, perbincangan untuk konsert masih berjalan. 

"Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar. 

"Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan 'sifu' saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik