Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Datuk Chef Wan Jalani Rawatan, Syukur Sel Kanser Belum Sampai Ke Otak

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bersyukur sel kanser limfoma dihidapinya tidak menyerang bahagian otak.

datuk chef wan jalani rawatan, syukur sel kanser belum sampai ke otak

Berusia 65 tahun, Chef Wan memaklumkan dia mendapat perkhabaran baik itu selepas menjalani rawatan kemo semalam.

Advertisement

Malah, dia berkongsi juga detik ketika rawatan dan berdepan kesakitan sewaktu rawatan namun tidak lama.

"Saya menjalani rawatan kemo pada tulang belakang sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya sel kanser limfoma saya cuba menyerang otak. Proses itu sangat cepat, cuma 15 minit.

"Selepas prosedur itu, saya terus tertidur selama empat jam. Pada jam pertama, saya boleh rasa kesakitan dan kurang selesa. Saya rasa sedikit pening-pening juga.

"Doktor kemudian memaklumkan keputusan ujian baik dan sel kanser belum sampai ke otak lagi. Saya sangat bersyukur mendapat berita itu," katanya.

Tambahnya, dia kini lebih berwaspada mengambil ubat-ubatan dalam proses kemo dijalaninya supaya tiada kesan sampingan kepada organ dalaman.

"Sepanjang hari saya mengambil segala jenis pil untuk melindungi kemo itu daripada memberi kesan sampingan dan menjaga organ dalaman saya," katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik